Rumah landed pilihan yang lebih baik?
Trend pembeli rumah di kawasan bandar sekarang lebih cenderung untuk membeli rumah highrise yang lebih mampu milik berbanding rumah landed namun rumah landed masih mempunyai permintaan dari mereka yang berkemampuan. Antara faktor yang anda patut pertimbangkan sebelum membeli rumah landed ialah seperti berikut.
- Pastikan anda berkemampuan dari segi kewangan
- Gaji basic anda mengcukupi untuk bayaran pinjaman rumah, perbelanjaan keluarga dan simpanan
- Perkerjaan anda stabil sekarang dan akan datang
- Anda menjangkakan ada kenaikkan gaji pada masa akan datang
Jika anda berkemampuan, rumah landed adalah pilihan terbaik dan mempunyai pelbagai kelebihan. Antara kelebihan rumah landed berbanding highrise ialah seperti berikut.
- Return of investment (ROI) lebih tinggi berbanding high rise
- Lebih privacy
- Lebih selamat
- Lebih luas dan selesa untuk keluarga
- Tiada bayaran maintainance atau bayaran maintainance lebih murah
- Boleh renovate untuk tambah ruang
- Ada kawasan untuk tanaman atau aktiviti lain
- Parking di depan rumah
- Tiada lif atau risiko kerosakkan lif
- Kawasan rumah dijaga sendiri dan tiada risiko kawasan tidak terurus kerana penduduk lain
- Kurang risiko vandalism atau kerosakkan pada kawasan atau harta guna bersama
- Saiz komuniti lebih kecil
- Urusan pindah masuk atau keluar lebih mudah
- Tiada risiko kebocoran dari jiran sebelah atas
- Kurang risiko pencemaran bunyi