Next article
Read more

Projek Pra-Pelancaran Atau Pre-Launch

Kenapa ada projek pra-pelancaran atau pre-launch?

3. image of inspected home exterior

Projek Pra-Pelancaran Atau Pre-Launch

Kenapa ada sesetengah pemaju terutamanya untuk projek mampu milik membuka tempahan lebih awal dari tarikh pelancaran sebenar? Terdapat banyak faktor pra pelancaran atau pre booking dilakukan oleh pemaju tapi sebelum itu mari kita fahami apa itu APDL.

APDL ialah singkatan bagi Advertising Permit & Developer License iaitu lesen jualan dan pembangunan perumahan yang termaktub dalam Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Lesen ini wajib bagi setiap pemaju untuk melengkapkan jualan setiap unit projek perumahan yang bakal dibangunkan bagi mengelakkan projek terbengkalai, penipuan, dan maklumat yang mengelirukan. Selain itu lesen ini juga dapat mengawal harga rumah terutamanya rumah mampu milik. Pemaju tidak boleh meneruskan jualan projek perumahan seperti proses memilih unit atau membuat pinjaman selagi lesen APDL tidak diluluskan namun ada pemaju membuat tawaran awal atau pra tempahan kerana faktor-faktor dibawah.

1. Projek yang mendapat sambutan

Pemaju ingin mendapatkan tempahan awal bagi projek yang mendapat sambutan untuk mengelakkan kesesakan dan masalah overbooking jika tempahan dibuka pada tarikh pelancaran sahaja.

2. Menguji kebolehpasaran

Terdapat juga pemaju membuka tempahan awal bagi menguji kebolehpasaran sesuatu projek baharu.

3. Mendapat maklumbalas awam

Pemaju boleh mendapat maklumbalas awam daripada bakal pembeli atau penduduk sekitar mengenai projek yang bakal dibangunkan.

4. Mengatasi persaingan

Pemaju akan mengumumkan pra tempahan bagi mengatasi pesaing mereka dengan memberitahu projek yang bakal dibangunkan di kawasan pesaing. Dengan ini pembeli dapat membuat pilihan tepat dengan membandingkan projek yang berbaloi di kawasan yang dikehendaki.